Wednesday, April 27, 2011

DOA SELAMAT

Ya Allah, kami memohon kepadaMu kebaikan sama ada yang kami telah tahu atau yang belum kami ketahui, kurniakan kami nikmat dan rahmat yang berpanjangan, tubuh badan yang sihat, akal fikiran Yang sejahtera, semangat yang membara bagi mempertingkatkan kualiti kerja.
Ya Allah, kami mohon perlindunganMu dari segala keburukan, hasad dengki dan iri hati, sama ada kami telah tahu atau yang belum kami ketahui, ya Allah, lembutkan dan satukanlah jiwa-jiwa hambaMu ini, agar wujud kesepakatan dan kesefahaman antara kami, bagi menunaikan tugas yang diamanahkan, dengan lebih berkesan, meneruskan khidmat bakti kepada agama, bangsa dan negara.

Sunday, April 17, 2011

keramat sebuah hati

hati yang kotor adalah hati yang penuh dengan 'najis'. Sifat-sifat keji seperti pemarah, pendendam, hasad dengki, penakut dan tamak akan disibukkan dengan urusan melayan bisikan-bisikan jahat dari syaitan.

Hati begini tidak menyediakan ruang untuk diletakkan rasa cinta kepada Allah.

Hati perlu dibersihkan dan dihiasi dengan sifat-sifat terpuji seperti sabar, redha, merendah diri, pemaaf, berani dan mencukupi dengan apa adanya. Hanya hati yang bersih dapat menjadi wadah