Sunday, October 3, 2010

DOA..

DOA UNTUK MENDAPAT ANAK.

Wahai TuhanKu, janganlah Engkau biarkan daku bersendirian padahal Engkau sebaik-baik warisan.


DOA KETIKA MENGANDUNG

Ya Allah peliharalah anakku selama mana dia berada dalam perutku dan sihatkanlah dia. Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada pentembuh selain penyembuhMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah ia yang berada di dlm perutku dgn bentuk rupa yang baik dan tetapkanlah di dalamnya iman kepada Engkau dan RasulMu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dgn mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia seorang yg kekal, pandai, dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lidahnya, elokkanlah suaranya utk membaca AL Quran dan hadis berkat Nabi Muhammad saw dab segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.

Taubat Nasuha

kata asal taubat diambil drpd kalimah Arab iaitu taaba-yatubu-taubatan. Ertinya ke jalan asal selepas jauh menyimpang. Taubat juga bererti memperbaiki diri. Hal ini perlu diutamakan sebelum memperbaiki diri org lain. Jadi, kunci kejayaan penggislahan adalah dengan bermula drpd diri sendiri. Dengan demikian, taubat nasuha adalah reformasi diri secara keseluruhan,dengan berhenti drpd melakukan perbuatan maksiat malah menyesal atas ketelanjurannya. Diiringi pula dengan keazaman yg kukuh menggunung supaya tidak lagi mengulangi perbuatan jelik itu.

sembang macam dia tak buat

cakap kencang sebatu
nasihat berapi selalu
ayat sentiasa padu

ada 'tapi' yang buat malu
nak serbu tak tengok dulu
tu cermin kat dinding batu
pergi guna dulu
cermin diri check satu2
kot tak terkena balik kat muka kamu

tak puas hati, ye kami tau
bukan kamu tak pernah buat dulu

bila cakap lancar tanpa silu
rupanya dia juga pernah lalu
time tu bangga tak menentu

tapi bila giliran orang lain cuba seteru
mula dia kata tak setuju
mungkin sebab orang lain lebih maju
sakit mata , hati dan berbulu

salah mereka juga tu
memang kami dah tahu
cuba fikir dengan cara baru
hak kamu untuk bagitau
tapi jangan sampai orang kata kamu